KUALA LUMPUR | Malaysia menerima 1 juta dos vaksin dan 4.5 juta unit peralatan perubatan daripada kerajaan Arab Saudi hari ini.
Sumbangan itu disampaikan oleh wakil kerajaan Arab Saudi kepada Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, bukan sedikit sumbangan bantuan COVID-19 yang diterima secara percuma daripada kerajaan Arab Saudi kali ini.
“Sebanyak 4.5 juta peralatan perubatan pelbagai jenis dan 1 juta dos AstraZeneca. Alhamdulillah,” katanya.
Turut hadir menerima sumbangan itu, Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.