By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Muhammad Helmi Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia yang berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, pelantikan Muhammad Helmi sebagai menggantikan Jailan Simon atas khidmat bakti selama hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam.
KASA mengucapkan tahniah kepada Muhammad Helmi di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Kami warga KASA serta jabatan dan agensi mengucapkan selamat bertugas bersama berkhidmat untuk negara.
“Selamat bersara kepada Jailan dan jutaan penghargaan terima kasih kepadanya
“Terima kasih juga atas jasa dan pengorbanan terutama dalam membantu KASA sejak dari awal penubuhannya,” katanya.