KUALA LUMPUR | Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri layak ke pusingan separuh akhir untuk memburu pingat Olimpik Tokyo 2020.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkongsi berita menggembirakan itu di laman Facebook rasminya hari ini.
Katanya, Nur Dhabitah, 22, mempamerkan terjunan yang kemas dalam acara 3 meter Terjun Papan Anjal Individu Wanita.
“Selepas selesai lima terjunan pusingan kelayakan, Nur Dhabitah berada di ranking ke-10 dengan catatan 291.60 mata.
“Hanya 18 penerjun terbaik dalam pusingan kelayakan akan mara ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan pada 1 Ogos nanti,” katanya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Nur Dhabitah dan eruskan fokus.