Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Peminat sukan Olimpik didakwa ejek lagu kebangsaan China
    Am

    Peminat sukan Olimpik didakwa ejek lagu kebangsaan China

    adminBy admin30/07/2021Updated:30/07/2021No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Keterangan gambar Lebih 400,000 orang telah menandatangani pungutan suara untuk membatalkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo akan datang berikutan pandemik Covid-19. - Gambar hiasan

    HONG KONG | Polis Hong Kong hari ini mengumumkan siasatan terhadap sejumlah peminat sukan Olimpik yang didakwa mengejek lagu kebangsaan China ketika mereka menonton acara sukan itu melalui siaran awam di sebuah pasar raya di sini.

    Lapor AFP, Atlet Hong Kong, Edgar Cheung berjaya memenangi pingat emas bagi acara lawan pedang, manakala Siobhan Haughey pula meraih dua pingat perak dalam acara renang dalam Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

    Kemenangan itu disambut dengan sorakan kegembiraan ratusan penduduk Hong Kong yang berkumpul untuk menyaksikan siaran langsung acara itu di sebuah pasar raya pada Isnin lalu.

    Ketika majlis penyampaian pingat bagi acara renang, sejumlah penonton mengejek lagu kebangsaan China ketika atlet negara itu menerima pingatnya, disusuli laungan ‘kami adalah penduduk Hong Kong’.

    Tahun lalu, pihak berkuasa wilayah separa autonomi ini meluluskan perundangan yang melarang sebarang penghinaan terhadap lagu kebangsaan serta bendera China.

    Sehubungan itu, polis memaklumkan pihaknya akan meneliti sama ada kumpulan penyokong sukan Olimpik itu melanggar undang-undang berkenaan atau sebaliknya.

    “Polis akan mengumpul semua bahan bukti berhubung insiden tersebut,” kata jurucakap polis.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBantuan perubatan COVID-19 tiba di Malaysia
    Next Article MPOB cipta teknologi urus sisa kilang kelapa sawit
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.