KUALA LUMPUR | Masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dalam tempoh ini dan pengagihan sumbangan terus giat dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan peruntukan dana tambahan RM6.5 semalam.
“Alhamdulillah, Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM (Official) telah mengumumkan peruntukan dana tambahan RM6.5 juta bagi bank makanan YaPEIM dan program Inspirasi YaPEIM Prihatin 2021.
“Bagi tahun ini sahaja, seramai 432,051 orang telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan RM17.52 juta.
“Secara keseluruhan, program Amal Jariah YaPEIM dan pembiayaaan Ar Rahnu YaPEIM meningkat kepada RM193 juta tahun ini berbanding RM164.68 juta pada 2020,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari.
Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam memastikan agihan bantuan sampai terus kepada kelompok sasar.
“Terima kasih juga kepada semua penyumbang melalui Skim Potongan Gaji YaPEIM,” katanya.