KUALA LUMPUR | Sebagai tuan rumah Sukan olimpik 2020, Tokyo telah mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan lebih kurang 5,000 pingat untuk sukan yang sedang berlangsung.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, kempen kitar semula tersebut menghasilkan 32 kilogram (kg) emas, 3,492 kg perak dan 2,199 kilogram gangsa.
KASA berkata, 5,000 pingat di Olimpik Tokyo 2021 diperbuat daripada logam telefon bimbit terpakai dan peranti elektronik yang disumbangkan oleh warga Jepun.
“Hampir 80,000 tan bahan e-waste dikumpulkan terdiri daripada 6 juta telefon bimbit, kamera digital, komputer riba dan sisa elektronik lain.
“Oleh itu, KASA mengajak semua pihak mengitar semula dan hantar e-waste ke mana-mana pusat pengumpulan berhampiran anda,” katanya.
Muat turun aplikasi MyEwaste atau layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my untuk mengetahui lokasi pusat pengumpulan berdaftar.