KUALA LUMPUR | Aksi yang dipamerkan penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri membolehkannya menempah slot ke pentas akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman Facebooknya hari ini.
Reezal Merican berkata, Nur Dhabitah,22, layak ke pentas akhir dalam acara 3m Terjun Papan Anjal Individu Wanita.
“Bitah melakukan terjunan yang cukup konsisten pada pusingan separuh akhir.
“Secara keseluruhan, dia berada di ranking ke-6 dengan catatan 312.60 mata selepas menamatkan 5 terjunan.
“12 penerjun terbaik dalam pusingan separuh akhir akan mara ke pusingan akhir yang dijadualkan pada 1 Ogos 2021,” katanya.
Beliau berharap berharap Nur Dhabitah dapat melakukan terbaik semasa di peringkat akhir nanti dan memecah pencapaian personal best beliau di FINA World Series London 2019 dengan catatan 344.40 mata.