Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Hadiah pingat pertama daripada Aaron-Wooi Yik buat Malaysia
    Olimpik

    Hadiah pingat pertama daripada Aaron-Wooi Yik buat Malaysia

    mohd ZulkifliBy mohd Zulkifli31/07/2021Updated:31/07/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Gandingan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama buat buat Malaysia selepas menewaskan beregu dari Indonesia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

    Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman Facebooknya hari ini.

    Pada penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, pasangan negara menampilkan aksi terbaik untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-17, 21-14 terhadap beregu Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

    Kemenangan itu turut menyaksikan Aaron dan Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan Indonesia itu dalam saingan peringkat kumpulan.

    “Alhamdulillah, rezeki hari kesembilan temasya ini akhirnya menghadiahkan pingat pertama buat negara.

    “Walaupun tidak berjaya mempertahankan pingat perak yang dimenangi oleh pasangan Goh V Shem – Tan Wee Keong di Rio 2016, namun kesungguhan Aaron – Wooi Yik cukup membanggakan.

    “Saya dapat lihat tadi kesungguhan Aaron dan Wooi Yik dengan aksi persembahan yang cukup bertenaga.

    “Saya tahu bukan mudah untuk berhadapan dengan lawan yang berpengalaman lebih-lebih lagi ini merupakan penampilan pertama pasangan beregu negara ini ke Olimpik,” menurutnya.

    Reezal Merican berkata pastinya seluruh rakyat Malaysia bergembira dan berbangga dengan kejayaan itu.

    “Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Coach Flandy, Pengarah Kejurulatihan Choong Hann dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) yang berjaya mengasuh pasangan beregu ini hingga ke tahap ini.

    “Ini juga hasil kerja keras semua pihak yang bersama-sama menjadikan impian Olimpik ini satu kenyataan.

    “Teruskan usaha. Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar untuk mencipta lebih banyak kegemilangan #DemiMalaysia.

    “Kita juga doakan kejayaan buat barisan atlet negara yang masih meneruskan perjuangan di Olimpik ini. Insya-Allah,” katanya.

    Tamat

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleVarian Delta merebak seperti wabak cacar air
    Next Article Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan lagi situasi COVID-19
    mohd Zulkifli
    • Website

    Related Posts

    Azizul, Shah ke suku akhir esok

    07/08/2021

    Pandelela layak ke pusingan separuh akhir

    04/08/2021

    Dhabitah berada di tempat ke-4

    01/08/2021

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.