By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Sebanyak 20,014,549 dos vaksin COVID-19 diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitternya berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 adalah suntikan vaksin dos pertama.
Katanya, manakala 6,514,070 lagi adalah bagi suntikan dos kedua.
“Mengikut peratusan, 41.3 peratus daripada populasi negara sudah mendapat dos pertama, manakala 19.9 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
“Sebanyak 512,097 dos diberikan semalam, dengan 315,737 adalah pemberian dos pertama, manakala 196,360 lagi dos kedua,” katanya.