PUTRAJAYA | Individu berusia 40 tahun ke atas yang belum ada janji temu vaksinasi Covid-19 di Lembah Klang berpeluang menerima imunisasi itu secara walk-in atau terus mulai Isnin ini.
Berita gembira itu diumumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar di Hotel Palace of the Golden Horses di Serdang hari ini.
“Inisiatif terbaharu ini merupakan antara sebahagian daripada Operasi Lonjakan Kapasiti yang dilancarkan pada 15 Julai lalu bagi mengekang wabak ini khasnya di Lembah Klang,” katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas membuat tinjauan pelaksanaan program vaksinasi khas untuk warganegara China yang menetap di Malaysia di resort berkenaan dekat sini hari ini. -K! ONLINE