By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu mencatatkan kes harian sebanyak 17,150 kes berbanding 17,786 kes, semalam.
Ini sekaligus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,130,422 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan angka tertinggi harian 6,326 kes dan Kuala Lumpur turut mencatatkan sebanyak 2,0861 kes.
“Kedah mencatatkan sebanyak 1,511 kes; Johor Bharu (1,045) ; Negeri Sembilan 809 kes dan Sabah 1,002 kes.
“Negeri lain iaitu Pulau Pinang 752 kes ; Perak (693) ; Melaka (686) ; Pahang (676) ; Sarawak (578) ; Kelantan (459) ; Terengganu (429); Putrajaya (72) , Labuan (5) dan Perlis (21) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.