KUALA LUMPUR | Permohonan gantian MyKad yang tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di 12 negeri.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Malaysia memaklumkan, bagi permohonan gantian MyKad yang bermasalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, permohonan akan diproses dalam tempoh tiga bulan.
Katanya, antara JPN yang dibuka untuk permohonan MyKad gantian termasuk di JPN negeri Kelantan, Machang dan Gua Musang.
“Negeri lain ialah termasuk di JPN negeri Pahang, Raub dan Temerloh; JPN Dungun dan Besut di Terengganu; JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta JPN Putrajaya.
“Individu yang mahu membuat gantian MyKad boleh hadir ke JPN yang terbabit,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.