KUALA LUMPUR | Sekali dua terdapat laut kuning, kelmarin laut hitam pula. Siapakah mereka ini, apakah yang mereka mahu? Mereka mendatangi tanah yang aman ini dan menimbulkan kekacauan. Mesej mereka tentang ‘bitcoins’, tentang ‘keluar dan lawan’, tentang ‘moratorium automatik’, tentang ‘kematian’, tentang beberapa singkatan yang hanya mereka sahaja yang faham, tentang makan, tentang ‘derhaka’, dan tentang apa sahaja yang hanya mereka saja yang faham. Dengan kata lain, mereka tidak tahu apa yang mereka mahu. Mereka sedang mempamerkan perangai berkumpulan semasa kerajaan bertungkus-lumus cuba mencapai imuniti kumpulan/kelompok. Mereka tidak faham, mudah dipergunakan dan senang dihasut untuk mencipta gambaran yang dikehendaki, keadaan atau ketegangan yang melangkaui pemahaman mereka sendiri.
Walau bagaimana pun dalang utama, kekal orang yang sama. Mereka adalah manusia yang berselirat dengan kebencian dan rejim politik basi yang taksub mencapai cita-cita politik mereka tanpa mengambil kira kesannya. Mereka terlalu ketinggalan jauh dari arus perdana. Mereka memainkan isu perkauman yang sangat dekat di hati mereka, boneka di jalanan tidak perasan walaupun ianya sangat ketara.
Satu ketika dahulu, mereka sudah pun berkeliaran di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Dengan menunggang populariti Tun Mahathir, entah bagaimana mereka mendapat kuasa. Sebahagian daripada mereka menjadi ahli parlimen. Sebahagian daripada mereka masih lagi menjadi ahli parlimen. Apa yang berlaku semasa mereka berkuasa? Seperti satu kemalangan sedang menanti untuk berlaku, mereka berbalah sama sendiri. Mereka meminggirkan rakyat, Mereka mendakwa kerajaan begitu pokai sehingga rakyat hanya boleh diberikan peruntukan baucer RM30 atas talian (online). Mereka mencanangkan kepada rakyat untuk mengikat perut. Kemudian, dengan peliknya dan tidak dapat dijelaskan ketua kumpulan itu meletakkan jawatan Perdana Menterinya, sekarang mereka meraung ketidakadilan.
Tok Dalangnya adalah seorang lelaki yang dalam keadaan tergesa-gesa. Dia sudah menunggu lama untuk menjadi Perdana Menteri sejak zaman Adam dan Hawa. Penantiannya sudah terlalu lama, dia sudah ketandusan idea, oleh itu dia terpaksa menggunakan taktik kotor. Sebenarnya hanya itu sajalah yang dia tahu. Dia adalah seorang yang lompong, tidak tahu bagaimana untuk mentadbir, tidak tahu ekonomi dan tidak tahu kewangan. Dia tidak berminat untuk membantu rakyat, dia hanya tahu menghasut rakyat. Mungkin dia boleh dikatakan sebagai ‘NATO’ (No Action Talk Only) cakap saja buatnya tidak.
Anwar Ibrahim berada dalam peluang yang terakhir. Dia tahu dia mesti bertindak sekarang. Sebenarnya dia sudah bertindak begitu lama, tetapi tiada kejayaan. Anwar Ibrahim tidak sedar bahawa masanya sudah berlalu. Peluang yang sama telah berlalu untuk Tengku Razaleigh Hamzah tanpa dia menyedarinya. Anwar Ibrahim terperangkap dalam mimpi yang tak sudah.
Negara tidak memerlukan dia. Rakyat tidak memerlukan dia. Sokongan rapat dengannya juga telah meninggalkan dia. Keluarganya sendiri adalah satu permainan pentas. Walau bagaimana pun sokongan rapat dia mudah diganti, oleh orang yang berperibadi yang sama, penjenayah, bercita-cita yang jahat dan tiada kecerdikan. Muncul Zahid Hamidi, seorang penjenayah yang terdesak untuk membebaskan dirinya sendiri. Zahid Hamidi kini meniti hari-hari terakhir ke penjara, kebergantungan bersama adalah sangat jelas di mata kasar.
Kemudian adanya apa yang dipanggil bosku. Semasa dia menjadi Perdana Menteri, dia dipanggil Najib Razak. Entah macam mana selepas kalah PRU-14 dengan hebatnya, penyokong tegarnya , yang rendah IQ tetapi tinggi testosterone mula memanggilnya bosku. Nama itu melekat walaupun dia bukan bos. Dia tidak membayar gaji pada sesiapa untuk dipanggil sedemikian. Dia teramat kaya melalui penyelewengan semasa dia berkuasa.
Malangnya dia seorang yang muflis kerana enggan membayar cukai. Tetapi dia merayap merata-rata seperti seorang yang bebas, walaupun Sungai Buloh sedang menantinya. Seperti Zahid Hamidi, dia juga sedang menunggu masa. Kedua-dua mereka adalah mayat hidup.
Akhirnya kita mempunyai dua orang yang fikir kita masih berjuang untuk kemerdekaan. Si Bapa adalah ahli Parti Komunis Malaysia yang bangkit menentang Rejimen Melayu. Si Anak pula jauh daripada sifat berani, mungkin seorang budak yang licik, berselindung di bawah ketiak bapanya dan merancang Negara untuk manfaat kuncu-kuncu mereka. Sikap perkauman mereka sangat jelas sehinggakan Biro Tatanegara dan Jasa binasa. Mereka sangat berhaluan kiri sehingga terkeluar daripada carta. Lim Guan Eng menghulurkan Pakej Rangsangan Covid-19 RM30 dan berkata “Kerajaan sangat gembira kerana dapat memberi pakej ini kepada rakyat”. Dia ditendang keluar dari pejabat tidak lama selepas itu. Sekarang dia bermain dalam bayangan, menyusun langkahnya menerusi pengendali yang sama-sama bersifat perkauman. Oleh itu hitam menjadi warna pilihan.
Inilah watak-watak yang Negara hadapi. Sekumpulan penjahat-penjahat yang tidak bermoral bekerjasama untuk mencapai rancangan jahat mereka dan akan mengguna apa saja untuk mencapai agenda jahat mereka, anak-anak muda yang naif, istana yang dihormati malahan pandemik Covid-19. Inilah hakikat mereka yang sebenarnya. Bukannya mereka tidak pernah merasai kuasa sebelum ini. Mereka pernah, tetapi mensia-siakan peluang tersebut. Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah Negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia. Mereka lebih layak sebagai ejen penghasut. Mereka pakar dalam menghasut, mencucuk dan mempermainkan. Kenapalah rakyat mendengar dan menyerahkan kuasa kepada mereka. Mereka ketagih kepada kuasa dan akan berusaha sedaya upaya untuk melepaskan gian. Mereka bukannya ingin berkhidmat kepada rakyat.
Pada pemuda-pemudi yang berpakaian hitam, anda bukanlah orang yang terpinggir. Besar kemungkinan anda datang dari keluarga yang baik-baik atau mungkin masih tinggal bersama keluarga di pinggir bandar Kuala Lumpur. Anda mampu untuk tidak bekerja dan menghadiri perhimpunan secara haram. Kemungkinan anda adalah pelajar kolej yang dibiayai oleh ibu bapa atau pinjaman dari Mara, JPA atau agensi-agensi kerajaan lain atau GLC. Anda bukannya pemandu Grab atau Lalamove yang bekerja keras setiap hari. Anda bukannya bersusah payah untuk memenuhi keperluan hidup. Sedarlah pemuda-pemudi, anda telah dipergunakan. Anda telah dicucuk. Semasa anda berada dalam himpunan itu, anda tidak konsisten dengan mesej anda. Perbaiki “Binance”, apakah itu “Binance”?
Kepada pemimpin-pemimpin yang menyebarkan paksi jahat syaitan, cukup-cukuplah tu. Negara sedang melawan pandemik Covid-19, janganlah ditambah minyak ke dalam api. Apabila pandemik ini berlalu , cubalah nasib anda dalam PRU yang akan datang. Rakyat sudah mengenali warna anda sebenarnya, walaupun anda mewarnakannya hitam. Masa anda telah berlalu, terimalah hakikatnya. Janganlah terperangkap dalam masa. Keluarlah dari “Mimpi Yang Tak Sudah”.
Terjemahan dan suntingan
Suhailah Ibrahim