KUALA LUMPUR | Seramai 10,000 guru Pasti sudah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pendaftaran itu merupakan satu ‘milestone’ baharu buat pihak.
Katanya, DPPM melakar sejarah tersendiri selepas perkara yang diperjuangkan berhasil.
“Ini merupakan ‘Milestone’ baharu buat DPPM dengan melakar sejarah dalam memperjuangkan kebajikan guru-guru PASTI.
“Seramai hampir 10,000 guru dan warga PASTI menerima manfaat caruman PERKESO ini bermula 1 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, semoga usaha dan kejayaan mampu menggembirakan semua pihak.
Katanha, guru-guru PASTI banyak berkorban dalam memastikan jihad pendidikan terus berlangsung.
“Tahniah kepada Sektor Pendidikan DPPM, Jabatan PASTI Malaysia serta semua yang terlibat dalam usaha murni ini.
“Terima kasih juga kepada Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO yang membantu merealisasikan perkara ini,” katanya.