By NOR SHAZLEZA SHAHRIL
KUALA LUMPUR | Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengagihkan pelbagai bantuan berjumlah RM103,500 di Tangkak, Segamat dan Skudai, Johor semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan yang diberikan termasuk tablet dan pek makanan.
Katanya, sumbangan Dana Musaadah COVID-19 JAKIM – YWM RM60,000 diberikan kepada wakil Kadi Daerah Tangkak untuk Misi Bantuan Prihatin Pasca Banjir Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah Johor Darul Takzim.
“Beberapa pek makanan diagihkan kepada penduduk di sekitar Tangkak, Segamat dan Skudai.
“Manakala, sebanyak 30 buah tablet diberikan kepada pelajar di SK Labis, SK LKTP Tenang, SK Sr Labis.
“Selain itu, agihan bantuan seterusnya akan dipergiat ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai rakyat yang memerlukan dapat dibantu dengan sebaiknya.
“Dalam pada itu, bagi individu lain yang ingin memberi sumbangan boleh menyumbang ke nombor 8602218186 akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD dengan tanda sebagai DANAPERLU,” katanya.