By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu mencatatkan peningkatan sebanyak 17,105 kes berbanding 15,764 kes, semalam.
Ini sekali gus mencatatkan kumulatif kes sebanyak 1,163,291kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan penurunan kes sebanyak 5,836 berbanding 6,067 kes, semalam manakala Kuala Lumpur merekodkan peningkatan iaitu 2,309 kes.
“Johor mencatatkan sebanyak 1,275 kes; Kedah (1,036) ; Sabah 1,010 kes dan Perak 967 kes.
“Negeri lain iaitu Kelantan 915 kes ; Negeri Sembilan (816) ; Pulau Pinang (798); Pahang (628) ; Melaka (508) ; Sarawak (494) ; Terengganu (429); Putrajaya (72) , Labuan (5) dan Perlis (7) kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.