TAIPING | Demi mahu keluar berjalan-jalan seorang wanita sanggup memotong gelang kuarantin merah jambu tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kamunting, Taiping, Perak.
Kejadian itu dikesan menerusi satu video berdurasi 31 saat pada jam 3.40 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting, Taiping.
Katanya, wanita itu dikompaun polis sebanyak RM5,000.
“Polis berjaya mengesan wanita itu dan tindakan kompaun telah diambil kerana wanita itu melakukan kesalahan mengikut Menurutnya, kompaun dikenakan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
“Polis menasihatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19.
“Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.