KUALA LUMPUR | Kematian akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 257 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, Selangor mencatatkan sebanyak 91 kematian dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 74 kes.
Katanya, negeri lain iaitu Johor 25 kematian; Melaka (24); Negeri Sembilan dan Perak masing-masing (9); Kedah (8); Sabah (6); Terengganu (4); Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing (3) dan Pahang satu kes.
“Kematian membabitkan golongan lelaki sebanyak 137 kes dan 120 wanita.
“206 mempunyai komorbiditi atau penyakit lain dan 51 tiada komorbiditi,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Menurutnya, 21 kematian adalah Brought-In-Dead (BID) atau di luar hospital.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya.