KOTA BHARU | Angka harian COVID-19 di Kelantan hari ini mencatatkan jumlah yang tertinggi semenjak pandemik itu melanda negeri ini iaitu sebanyak 1,003 kes.
Trend meningkat di negeri Kelantan berlaku sejak Aidiladha lalu dengan kewujudan pelbagai kluster baharu termasuk penyebaran virus Delta.
Berdasarkan infografik Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, peningkatan mendadak tersebut dapat disaksikan apabila tiga hari lalu, 459 kes direkodkan, kelmarin pula 552 kes dicatatkan manakala semalam 915 orang yang disahkan positif COVID-19.
Daripada jumlah keseluruhan hari ini sebanyak 968 adalah membabitkan kes tempatan, 18 pula penjara, 15 lagi Import B dan 2 melibatkan Import C.
Daerah Kota Bharu juga menunjukkan pertambahan kes yang ketara apabila hari ini sebanyak 1,993 baharu dicatatkan dengan kawasan Panji menunjukkan kes harian baharu terbanyak iaitu 22 kes.
Daerah kedua tertinggi ialah di Pasir Puteh dengan 1,152 kes; Bachok (715), Tanah Merah (680), Tumpat (622), Gua Musang 9487), Pasir Mas (429), Jeli (406), Machang (338) dan Kuala Krai (261).
Kesemua 10 jajahan di Kelantan masih berada dalam zon merah dan negeri ini telah menjadi ‘juara’ bagi negeri-negeri di Pantai Timur.
Sebanyak 558 kes di Pahang manakala 481 yang positif disahkan di Terengganu.
Sementara itu, sebanyak 7,630 kes positif COVID-19 di Kelantan yang masih aktif.
Journal Malaysia mengharapkan seluruh masyarakat untuk terus patuh prosedur operasi standard dan menjadikan angka tertinggi direkodkan ini sebagai satu keinsafan buat diri sendiri.
Bagi mereka yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula janganlah cuba-cuba untuk bolos keluar dari kawasan masing-masing.
Marilah bersama-sama memberikan kerjasama kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk kita tamatkan pandemik COVID-19 secepat mungkin.