BY Nor Shazleza Shahril
KOTA BHARU | Batu permata seperti berlian amat digemari oleh kaum wanita walaupun harga bagi setiap berlian boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat batu permata yang dikenali dengan nama saintifiknya ‘ Mossanite’ mempunyai ciri-ciri dan persamaan seperti berlian namun harga di pasaran 95 peratus lebih murah.
Di Kelantan, salah satu syarikat Pemborong Emas 916 dan Batu Permata iaitu Hamiz Jewels turut menjual ‘Mossanite’ bagi membolehkan lebih ramai dapat memiliki batu permata yang bernilai dan bermutu.
Pengurus Hamiz Jewels, Nik Muhammad Hamiz Shahiran Nik Hassan Basri berkata, kebanyakkan pembeli kaum wanita di negeri ini khususnya masih belum mengetahui akan kewujudan batu permata ‘Mossanite’ kerana ianya belum dijual secara meluas.
“Syarikat kami amat menitik beratkan mutu dan kualiti batu permata ini malah pelanggan juga akan diberi keterangan lanjut mengenai ‘Mossanite’ serta ciri-ciri perbezaan berbanding berlian bagi membolehkan pelanggan membuat keputusan yang lebih bijak.
“Rata-rata pelanggan yang datang kebanyakkannya tidak mengetahui kewujudan batu permata ini namun setelah kami memberitahu info-info mengenainya mereka mula tertarik dan menunjukman minat untuk menempah dan membelinya.
“Walaupun berlian adalah satu-satunya batu permata yang lebih keras pada skala 10 peratus manakala ‘Mossanite’ pada skala 9.25 peratus namun kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama dan tahan terhadap calar atau pecah berbanding batu oermata yang lain,”katanya ketika ditemui di kedainya di Kota Bharu, semalam.
Tambah Hamiz, ‘Moissanite’ mempunyai tahap kilauan cahaya yang lebih besar daripada berlian, membolehkannya bersinar dan berkilau walaupun kurang pencahayaan kerana mempunyai indeks biasan yang tinggi berbanding berlian.
“Sekiranya dipakai pada setiap hari, batu permata ini tidak akan pernah kusan dan masih berkilau walaupun jangka hayatnya telah bertahun lamanya. Ini yang membuatkan ia sangat berkualiti dan perlu dimiliki oleh peminat batu permata.
“Ada kalanya, pelanggan meragui kualiti ‘Mossanite’ ini dan beranggap bahawa ianya adalah berlian palsu. Tapi kami sebagai pemborong batu permata terbesar di negeri ini akan menjelaskan dan memberi keterangan agar mereka tidak ragu-ragu akan ketulenan ‘Mossanite’.
“Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan atau menempah ‘Mossanite’ dalam bentuk cincin, gelang tangan ataupun rantai leher boleh membuat tempahan dan belian dengan kami secara atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mereka boleh menghubungi kami di talian 0199189816,” katanya.