BY Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Jumlah kes COVID-19 baharu mencatatkan kes harian tertinggi dengan 19,819 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia sekaligus menjadikan jumlah kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,183,110 kes.
Katanya, semua negeri mencatatkan peningkatan kes hari ini dan lima negeri dan wilayah melaporkan kes empat angka termasuk Selangor dengan 8,377 kes, Kuala Lumpur (2,467), Johor (1,162), Kedah (1,371) dan Kelantan (1,003).
“Selain itu ialah Sabah dengan 949 kes ; Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), Pahang (558) Sarawak (552) dan Melaka (508).
“Manakala bagi lain-lain negeri iaitu Terengganu 481 kes, Putrajaya (46) Perlis (11) dan Labuan (5),” katanya dalam Facebook, hari ini.