KUALA LUMPUR | Kanak-kanak perempuan berusia setahun menjadi pencetus kluster Kampung Morak, Palekbang, Tumpat hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kanak-kanak itu didapati positif COVID-19 pada 26 Julai lalu.
Katanya, kes mula bergejala pada 22 Julai hasil saringan individu bergejala.
“Daripada 51 individu yang disaring didapati 34 daripadanya positif COVID-19 termasuk satu kes baharu hari ini.
“Terdapat 35 kluster yang direkodkan hari ini termasuk 13 di Kelantan, tujuh di Selangor, lima di Perak, empat di Sarawak, dua di Johor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Sabah.
“Sebanyak 20 kluster komuniti, 14 tempat kerja dan satu keagamaan,” katanya menerusi laman Facebook di sini hari ini.