By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak MAIWP bagi memudahkan orang ramai mengambil vaksin.
Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, pihaknya mensasarkan seramai 7,500 individu yang akan menerima vaksin menerusi PPV itu.
Katanya, PPV itu dijalankan bermula hari ini sehingga 12 September depan.
“Usaha ini sangat unik untuk menyantuni asnaf yang mungkin agak sukar untuk bergerak ke tempat vaksin jika mengikut temu janji.
“MAIWP telah mengambil inisiatif untuk memudahkanya dengan mewujudkan PPV Bergerak,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, PPV Bergerak MAIWP itu juga menerima individu yang mahu mengambil vaksinasi secara ‘walk in’.