PUTRAJAYA | Kadar kebolehjangkitan (RT) COVID-19 Kelantan mencatatkan paling tinggi iaitu 1.31 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kadar RT seluruh negara adalah 1.07.
Katanya, kadar RT negeri lain iaitu Terengganu 1.26; Perak 1.22; Pulau Pinang 1.19; Sabah 1.17; Kedah 1.16; Johor 1.14 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.13.
“Sarawak 1.11; Pahang 1.09; Selangor 1.08; Melaka 1.06; Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.08 dan Negeri Sembilan 0.94.
“Daripada jumlah 19,819 kes COVID-19 semalam lima pesakit adalah kategori 5 yang menggunakan ventilator dan 87 kes tiada sejarah vaksinasi.
“Seramai 108 pesakit adalah kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan 180 kes bagi kategori 3 iaitu simptom radang paru-paru,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Beliau berkata, manakala, kategori 2 seramai 6,772 kes iaitu gejala ringan dan 10,001 kes kategori 1 iaitu tiada gejala.