Oleh Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga semalam adalah 22,646,581 dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu membabitkan 14,941,585 bagi dos pertama dan 7,704,996 bagi dos kedua.
Katanya, Lembah Klang merekodkan pemberian vaksin sebanyak 6,066,032 bago dos pertama dan 2,676,746 dos kedua.
“Negeri lain iaitu, Sarawak 1,742,909 dos pertama dan 1,410,503 dos kedua; Johor 1,260,049 dos pertama dan 495,730 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemberian vaksin semalam adalah sebanyak 494,214 dos iaitu 230,053 bagi dos pertama dan 264,161 dos kedua.