KUALA LUMPUR | Tindakan jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mengheret negara ke dalam krisis politik tidak berkesudahan dan pasti akan memudaratkan rakyat.
Sehubungan itu, MCA mengambil keputusan untuk melaksanakan ketetapan Barisan Nasional (BN) untuk menyokong kerajaan PN hingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Memetik Berita Harian, Biro Politik MCA dalam kenyataan tengah malam tadi, berkata tiada parti atau gabungan ketika ini yang boleh membentuk kerajaan stabil.
“Ini adalah pendirian BN dari tahun lalu dan MCA mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankannya. MCA adalah parti komponen BN dan telah mengulangi ketetapan bersama BN pada perhimpunan agung, pada tahun ini.
“MCA juga berpendapat, keputusan Perdana Menteri mengusulkan undi percaya terhadap dirinya yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, September ini, adalah langkah tepat berdasarkan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Pada masa sama, kita sedang berdepan pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi kian merundum serta kestabilan politik adalah penting dalam melindungi nyawa dan kehidupan rakyat,” katanya selepas mengadakan mesyuarat, malam tadi.
Kenyataan itu mengulas ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin, yang sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata UMNO memilih mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak mempertahankan kerajaan PN yang didakwanya gagal di mata rakyat, selaras Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Sementara itu, MCA juga berpandangan, sudah tiba masa untuk kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berperingkat, memandangkan program vaksinasi sudah berjaya dilaksanakan dengan pantas kebelakangan ini.