KUALA LUMPUR | Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengecam tindakan lapan Ahli Parlimen UMNO dan pihak pembangkang yang cuba mengganggu-gugat kestabilan politik ketika kerajaan bersama frontliner sedang bertungkus-lumus berperang melawan COVID-19.
Ketua Pemuda PN, Senator Ir. Ts. 4Khirudin, berkata Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
“Pemuda PN juga akan meneruskan politik khidmat bakti pada rakyat. Musuh kita adalah COVID-19, bukan sesama kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pemuda PN merafak sembah menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin menentukan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri di Parlimen.
Ketua Pemuda PAS itu juga menyatakan akan berdiri teguh dan berkeyakinan penuh bahawa Perdana Menteri mempunyai majoriti selesa untuk terus mentadbir, membawa kita semua keluar dari krisis ini melalui Pelan Pemulihan Negara yang sedang berjalan lancar.
“Kami memuji ketegasan dan prinsip Perdana Menteri menghormati kedaulatan Undang-Undang dengan tidak melayan desakan supaya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau bersama PAS berdiri teguh untuk terus mendokong Kerajaan PN.
Katanya, usaha mensabotaj perancangan dan gerak kerja kerajaan melawan COVID-19 serta memberi bantuan kepada rakyat amat dikesalkan.
“Mereka yang berada dalam Kluster Mahkamah telah sanggup memperjudikan nasib rakyat ketika pandemik demi menyelamatkan diri mereka daripada tindakan undang-tindakan.
“Bagi yang memilih meninggalkan saf, selamat jalan. You’ve made your decision. Kami akui ada kelemahan sebagai manusia tetapi meninggalkan sahabat ketika susah, bukanlah amalan yang baik,” katanya.
Khairil Nizam juga turut memberikan kata-kata semangat kepada kesemua frontliner agar tidak bimbang dengan polemik yag dicipta okeh Kluster Mahkamah.
“Perdana Menteri telah menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan komited dengan agenda pelan pemulihan negara dan pelbagai bantuan untuk rakyat yang telah dirancang akan diteruskan,” katanya.