IPOH | Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri.
“Saya akan memastikan tanggungjawab digalas dengan baik demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Presiden BERSATU dan Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau akan berusaha gigih membantu Perdana Menteri.
“Usaha yang paling utama dan penting kini adalah penyelesaian kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang menjejaskan rakyat dengan segera dan efisien.”Semoga Allah SWT kurniakan rahmat dan perlindungan buat kesemua pemimpin dan rakyat Malaysia,” katanya. SUMBER: BERITA HARIAN