By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR I Seramai 15,162,424 individu atau 46.4 peratus populasi di negara ini sekurang-kurangnya sudah mendapat satu dos vaksin COVID-19.
Menerusi perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), 7,998,831 atau 24.5 peratus lengkap divaksinasi.
Katanya, populasi dewasa mencatat 64.8 peratus untuk dos pertama vaksin COVID-19, manakala 34.2 peratus lengkap diinokulasi.
“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara semalam turut menunjukkan peningkatan iaitu 514,674 dos.
“Daripada jumlah itu, 220,839 adalah penerima bagi dos pertama dan 293,835 sudah selesai menerima dos kedua masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman Twitternya memaklumkan, kumulatif pemberian vaksin negara ini berjumlah 23,161,255 dos.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 15,162,424 bagi dos pertama dan 7,998,831 bagi dos kedua.