KUALA LUMPUR | Penyanyi Siti Sarah Raissuddin akan menjalani pembedahan mengeluarkan bayinya petang ini.
Suami penyanyi berkenaan, Shuib memohon doa daripada semua pihak untuk keselamatan isteri dan anak dalam kandungan.
“Pagi tadi steri saya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yg tak berapa baik.
“Saya mohon di hari yang baik, hari Jumaat, tolong doakan doakan
Sarah dan anak dalam kandungan semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan kepada mereka.
“Terima kasih semua, semoga Allah SWT memberkati kita,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, akibat tahap oksigen tidak stabil, pada pagi, hari ini.
Penyanyi itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital berkenaan berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif.