Oleh Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Negara sekali lagi merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi dengan 20,889 kes baharu berbanding 20,596 kes semalam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,224,595 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima negeri melaporkan kes empat angka.
Ini termasuk Selangor dengan 8,7928 kes, Kuala Lumpur (2,483), Johor (1,275), Kedah (1,371) dan Sabah (1,291).
“Selain itu, Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), dan Terengganu (460) .
“Manakala bagi lain-lain negeri iaitu Putrajaya (122) Perlis (9) dan Labuan (9),” katanya menerusi laman Facebook, hari ini.