KUALA LUMPUR | Lebih 4.5 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima pembayaran i-Citra yang berjumlah RM2.3 bilion pembayaran 4 Ogos.
Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, KWSP menerima permohonan berjumlah RM19.3 bilion setakat Rabu lalu.
Katanya, RM19.1 bilion sudah diluluskan, manakala baki RM200 juta masih dalam peringkat semakan.
“Pihak kami menerima 4.62 juta permohonan daripada ahli KWSP untuk program i-Citra dengan 4.57 juta sudah diluluskan manakala 50,000 lagi sedang disemak.
“Sebanyak 551 permohonan bernilai RM2.16 juta ditolak disebabkan simpanan tidak mencukupi, melebihi had usia 55 tahun selain ada yang membatalkan permohonan mereka sendiri,” katanya pada taklimat secara maya mengenai i-Citra, di sini, hari ini.