SRI AMAN | Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Kuching Sarawak merampas 702 karton minuman keras pelbagai jenama, rokok dan mercun bernilai RM1.4 juta dalam dua serbuan berasingan di Limbang dan Sri Aman, semalam.
Serbuan lebih kurang jam 10.50 pagi itu dijalankan okeh sepasukan pegawai kanan dan anggota.
Katanya, bertindak atas maklumat, pihaknya membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis yang didapati menyimpan minuman keras di kawasan jalan perumahan rakyat Sri Aman.
“Pasukan serbuan bertindak di atas maklumat dan hasil pemeriksaan menemui sebanyak 702 karton minuman keras pelbagai jenama dan tidak mempunyai sebarang dokumen pembayaran cukai kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Kita juga menahan seorang lelaki warga tempatan di dalam premis berkenaan serta merampas kesemua minuman keras tersebut dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman untuk tindakan siasatan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas rokok, minuman keras dan mercun di sebuah premis.
Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyeludupan barang tidak bercukai dialukan untuk menyalurkan kepada pihak kami melalui Tel 082334111 atau Facebook Rasmi Pasukan Polis Marin Sarawak.