By Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Seramai 8.25 juta rakyat Malaysia lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 sehingga semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga semalam ialah 23,608,290 dos.
Katanya, jumlah yang diterima bagi dos pertama ialah 15,350,180 orang atau 65.5 peratus daripada populasi dewasa.
“Daripada jumlah itu, 8,258,110 orang telah terima dos kedua atau 35.3 peratus.
“Bagi pemberian vaksin semalam adalah sebanyak 447,035 dos iaitu 187,756 dos pertama dan 259,279 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.