PUTRAJAYA | Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah diberi tanggungjawab untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyelesaikan isu pengurusan mayat warga tempatan bukan Islam d Pusat Sehenti Sementara Hospital Kuala Lumpur (PUSARA HKL).
KPN dalam satu kenyataan berkata, hasil tinjauan dan maklumbalas yang diterima, terdapat beberapa isu yang menjadi punca kelewatan pengurusan mayat di PUSARA HKL.
“Antara punca kelewatan adanlah keupayaan kewangan untuk membayar kos perkhidmatan pengurusan mayat.
“Terutama sekali bagi penduduk dalam kategori B40 dan kekurangan sumber manusia untuk menguruskan mayat termasuk penyelarasan dengan waris,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Kementerian juga telah mengadakan mesyuarat denga Pusat Krematorium swasta dan Persatuan Perkuburan Cina dan India serta Pengendali Perkhidmatan Pengurusan Mayat.
“KPN juga menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM 1 juta.
“Sejumlah RM 500 ribu diberikan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan RM 500 ribu lagi kepada Program Pembangunan Kampung Baru bagi pengurusan mayat kaum Cina,” kata kenyataan tersebut.
Pihak Kementerian dalam kenyataan itu berkata, turut menjalinkan kerjasama dengan dua badan bukan kerajaan seperti Malaysian Society for Disaster Victim Identification (MSDVI) dan Yayasan Prihatin Wilayah (PRIVO).
“Seramai 60 orang sukarelawan akan terlibat bagi membantu melicinkan urusan logistik di pihak PUSARA HKL,” katanya.