by Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Kes harian COVID-19 di negara ini kembali meningkat dengan 20,780 kes dilaporkan hari ini berbanding 19,991 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini 1,320,547 kes.
Manakala terdapat pertambahan lapan negeri mencatatkan kes empat angka dengan Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 6,921 kes.
“Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 2,065 kes, Kedah (1,534), Sabah (1,514), Johor (1,693), Kelantan (1,284), Pulau Pinang (1,385) dan Negeri Sembilan (1,015).
“Perak pula mencatatkan sebanyak 828 kes, Sarawak (634), Melaka (636), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (613), Perlis (29) dan Labuan (3),” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.