KUALA LUMPUR | Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermesyuarat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Dakwaan itu kononnya mesyuarat itu bagi membincangkan kaedah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam situasi pandemik COVID-19.
Terdahulu, kenyataan palsu mendakwa Perdana Menteri, antara lain mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR yang mengemukakan cadangan amat praktikal bagi memastikan PRU-15 yang akan diadakan tidak lama lagi, berjalan lancar dan selamat.
Mesyuarat itu turut didakwa dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu, kerajaan didakwa akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan dikemukakan SPR, termasuk syor mengehadkan hak mengundi kepada individu lengkap vaksinasi.