SANDAKAN | Cubaan dua lelaki untuk menyeludup masuk rokok dipercayai tidak bercukai digagalkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan di kawasan pesisiran pantai Kampung Bahagia, di sini, malam kelmarin.
Pegawai Pemerintah PPM Sandakan,
Deputi Superintendan Rusdin Banin berkata, rampasan rokok itu bernilai RM104,960.
Katanya, ketika membuat pemeriksaan di kawasan pantai, pihaknya mendapati dua lelaki berada di kawasan itu.
“Mereka sedang memunggah kotak rokok dan menyedari kehadiran polis sebelum mereka bertindak melarikan diri ke kawasan setinggan.
“Hasil pemeriksaan ke atas tempat kejadian menemui beberapa kotak rokok keretek dianggarkan bernilai RM104,960.
“Barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.
Beliau berkata, PPM menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan maklumat melalui aplikasi whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di nombor 0139391197 atau berhubung terus ke Gerakan PPM Sandakan di talian 089-221453 bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia dapat dilindungi daripada anasir jahat.