KUALA LUMPUR | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihah maklumat mesej permohonan sumbangan oleh individu bernama Malique yang mendakwa ‘we have been in touch with Hospital Selayang Covid section in the carpark area and need more than 600 unit of oxygen tanks’.
KKM menerusi kenyataan media memaklumkan, mesej itu tular di aplikasi whatsApp.
Katanya, KKM ingin menegaskan mesej yang tular itu adalah palsu.
“Orang ramai disaran agar sentiasa berwaspada sekiranya ingin memberi sumbangan melalui maklumat perbankan yang dinyatakan mesej itu.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” katanya.