PUTRAJAYA | Kerajaan hari ini mengumumkan berita baik yang mana telah bersetuju membenarkan tambahan 11 aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi di dalam Fasa 2 berkuatkuasa esok.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesemua 11 aktiviti ekonomi ini adalah tambahan kepada 11 aktiviti yang
dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurutnya, aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi; kedai barangan terpakai; kedai bunga dan nurseri termasuk kedai kraftangan dan cenderahati;
“Seterusnya turut dibernarkan ialah kedai antik; kedai alat permainan; kedai permaidani;
kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif; kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-
lain),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin berkata, kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi; kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik) juga dibenarkan beroperasi.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu
memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi
COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.
Semoga berita baik yang diumumkan kerajaan ini dapat membantu menjana semula ekonomi rakyat.
Dalam masa sama, seluruh masyarakat perlu memastikan masing-masing terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.