KOTA BHARU | Memilukan apabila seorang petugas barisan hadapan yang juga ibu hamil meninggal dunia akibat COVID-19, semalam.
Wanita berkenaan, Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, kira-kira jam 3.02 pagi.
Beliau bekerja sebagai jururawat di Hospital Gua Musang mengandung 26 minggu.
Difahamkan, wanita itu menungggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun, terpaksa melahirkan zuriat itu dalam keadaan pramatang secara pembedahan.
Wanita itu dijangkiti Covid-19 bagi kategori 5 dan dipercayai dapat wabak itu daripada pesakitnya.
Bayi wanita itu ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan wanita itu yang juga jururawat meninggal dunia akibat Covid-19 semalam.
“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.