KUALA LUMPUR | Beberapa menteri Kabinet mengucapkan selamat tinggal di media sosial masing-masing, hari ini.
Antaranya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang memuat naik di Instagram, mengesahkan bahawa Kabinet mengemukakan peletakan jawatan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Terima kasih di atas peluang untuk sekali lagi berkhidmat untuk negara, semoga Allah merahmati Malaysia,” tulis beliau.
Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kira-kira tiga jam di Perdana Putra di Putrajaya, sebelum menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada tengah hari.