by Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Jumlah kes harian COVID-19 hari ini menurun sedikit, iaitu 19,740 kes baharu berbanding 20,546 kes jangkitan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatkan pertambahan dan kes yang tertinggi dilaporkan di Selangor sebanyak 5,706 kes, diikuti Sabah (1,728), Kedah (1,592), Sarawak (1,566) dan Johor (1,510).
Selain itu, turut mencatatkan kes baharu ialah Kuala Lumpur (1,360), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227) dan Melaka (1,120).
“Perak pula melaporkan 938 kes baharu, Terengganu (688), Pahang (646), Negeri Sembilan (343), Putrajaya (43), Perlis (20) dan Labuan (dua).
“Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 1,424,639 kes,” katanya menerusi Facebook, hari ini.