PETALING JAYA: ‘Sokongan dibuat dengan rela hati’.
Demikian kenyataan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusoff selepas mengesahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung sokongan mereka terhadap Perdana Menteri kesembilan.
Memetik laporan berita tempatan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan calon Perdana Menteri ke-9 yang disokong 17 Ahli Parlimen GPS itu.
“Turut serta dalam sesi menghadap secara maya dari Kuching ialah Ahli Parlimen bebas dari Lubok Antu, Jugah Muyang, menjadikan Ahli Parlimen dari GPS seramai 18 orang.
“Ahli Parlimen Bintulu merangkap Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing akan menghadap Agong di Istana Negara kerana beliau berada di Kuala Lumpur.
Calon yang dipilih atas rela hati setiap Ahli Parlimen GPS dan seorang Ahli Parlimen bebas,” katanya selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, secara maya di Hotel Waterfront, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE