by Nor Shazleza Shahril
KUALA LUMPUR | Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, bermula hari ini hingga Jumaat.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata hujan lebat itu akan membabitkan beberapa kawasan iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah.
Selain itu ia akan melanda Pulau Pinang serta kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama dan Manjung, Perak.
“Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.