by Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut-turut apabila sebanyak 22,948 kes dilaporkan hari ini berbanding semalam, 22,242 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,489,460.
Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian hari ini.
“Ia disusuli Sabah dengan 2,583 kes; Kedah (2,137); Pulau Pinang (1,655); Johor (1,526); Kuala Lumpur (1,439); Kelantan (1,271); Perak (1,229) dan Sarawak, 1,206 kes,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Negeri lain turut mencatatkan pertambahan kes iaitu Melaka dengan 737 kes hari ini; Pahang (736); Terengganu (621); Negeri Sembilan (556); Perlis (42); Putrajaya (26) dan Labuan mencatatkan kes harian terendah, sembilan kes.