KUALA LUMPUR | Rektor kedua Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Hamid A Abu Sulayman, meninggal dunia pada usia 85 tahun, semalam.
UIAM menerusi hantaran Facebook semalam mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat ahli akademik itu atas pemergian beliau.
Allahyarham Abdul Hamid adalah seorang ilmuwan Islam tersohor di peringkat antarabangsa, menghasilkan banyak buku mengenai pembaharuan dan pendidikan Islam.
Beliau berkhidmat sebagai rektor UIAM dari 1988 hingga 1998 dan juga bekas pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT), yang berpangkalan di Amerika Syarikat. – BERNAMA