BEIJING | China meluluskan undang-undang privasi menyeluruh bagi mencegah pengumpulan data peribadi sensitif soleh sektor perniagaan memandangkan negara itu menghadapi peningkatan penipuan internet.
Lapor AFP, di bawah undang-undang baharu itu, entiti negeri dan swasta yang mengendalikan maklumat peribadi akan diminta untuk mengurangkan pengumpulan data dan mendapatkan persetujuan pengguna.
Bagaimanapun, badan keselamatan negara China akan mengekalkan akses ke sejumlah data peribadi.
Beijing sebelum ini dituduh memanipulasi syarikat teknologi besar untuk mempercepat penindasan di wilayah barat laut Xinjiang dan di tempat lain.BEIJING: China meluluskan undang-undang privasi menyeluruh bagi mencegah pengumpulan data peribadi sensitif soleh sektor perniagaan memandangkan negara itu menghadapi peningkatan penipuan internet.
Di bawah undang-undang baharu itu, entiti negeri dan swasta yang mengendalikan maklumat peribadi akan diminta untuk mengurangkan pengumpulan data dan mendapatkan persetujuan pengguna.
Bagaimanapun, badan keselamatan negara China akan mengekalkan akses ke sejumlah data peribadi.
Beijing sebelum ini dituduh memanipulasi syarikat teknologi besar untuk mempercepat penindasan di wilayah barat laut Xinjiang dan di tempat lain.Peraturan baru itu juga diharapkan dapat mengawal sektor teknologi China, dengan syarikat e-hailing seperti Didi dan permainan Tencent yang dikenalpasti menyalahgunakan data peribadi baru-baru ini.
Saham syarikat teknologi China termasuk Alibaba dan Tencent merosot selepas pengumuman itu dibuat hari ini.
Menurut jurucakap Kongres Rakyat Nasional, undang-undang itu bertujuan melindungi mereka yang merasa tergugat mengenai data peribadi yang digunakan untuk beberapa tujuan.
Undang-undang ini dibuat selepas Peraturan Perlindungan Data Umum Kesatuan Eropah iaitu undang-undang perlindungan privasi dalam talian yang paling ketat di dunia.
“Privasi baru China adalah antara paling sukar di dunia dan ia tidak melihat kesan dalam jangka pendek terhadap undang-undang ini,” kata Kendra Schaefer, rakan kongsi di firma perunding Trivium China yang berpusat di Beijing.
Undang-undang baru itu bertujuan membangun asas ekonomi digital dalam 40 atau 50 tahun akan datang.
Ia akan berkuatkuasa pada 1 November, menetapkan bahawa data peribadi warga negara China tidak boleh dipindahkan ke negara-negara dengan standard keamanan data yang lebih rendah daripada China, satu peraturan yang dapat menimbulkan masalah bagi perniagaan asing.
Syarikat yang gagal mematuhi undang-undang boleh dikenakan denda sehingga AS$7.6 juta (RM32.205 juta) atau lima peratus daripada perolehan tahunan mereka.