KUALA LUMPUR | “Kepada Allah kita berserah,” tulis Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Media semalam melaporkan, seramai 114 ahli Parlimen yang membuat pengesahan sokongan adalah isyarat jelas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, soal tarikh angkat sumpah jawatan adalah terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Semua ahli Parlimen ditemuduga seorang demi seorang secara ringkas oleh Seri Paduka.
“Setiap ahli Parlimen menyatakan nama dan dari kawasan mana, kemudian nyatakan sokongan kepada Ismail Sabri dibuat tanpa paksaan dan dengan sukarela.
“Dengan jumlah 114 ahli Parlimen ini, kita maklum dengan kedudukan majoriti dimiliki Ismail Sabri,” katanya semalam.