Oleh Nor Shazleza Shahril
PUTRAJAYA | Jumlah harian kes Covid-19 terus meningkat dan mencatat kes tertinggi harian dengan sebanyak 23,564 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah , berkata sehingga kini jumulatif kes jangkitan COVID-19 negara sudah mencecah 1,513,024 kes.
“Sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 6,974 kes, disusuli Sabah (2,738); Sarawak (2,548) dan Kedah 1,932 kes.
“Selain itu Kuala Lumpur (1,652); Pulau Pinang (1,523); Johor (1,323); Kelantan (1,281) dan Perak (1,248).
“Manakala, kes positif baharu turut dilaporkan di Melaka dengan 610 kes; Negeri Sembilan (608); Terengganu (521); Pahang (517); Perlis (64); Putrajaya (24) dan satu kes di Labuan,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.